Solekan pengantin
Tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang wanita atau anak gadis ketika bersedia untuk diijabkabulkan.Pada majlis bersejarah itu sudah tentu penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki bakal menjadi tatapan dan pandangan saudara-mara dan rakan-rakan. Pada majlis pernikahan, bakal pengantin akan dipastikan solekannya lebih ke arah keserian, ayu, feminine yang memenuhi citarasa pengantin wanita. Justeru ia disesuaikan dengan upacara bersejarah, mengikat cinta dua hati yang tulus dan suci.Bukan solekan sahaja, baju pengantin, aksesori, penampilan dan sebagainya pasti menjadi tumpuan.

Busana pengantin
Busana pengantin juga amat di titik beratkan dalam merealisasikan majlis persandingan bersama pasangan tersayang.Busana yang menepati cita rasa akan memberi satu keyakinan dalam diri di hari persandingan.Pemilihan warna busana bersesuaian dengan pelamin serta konsep yang di inginkan oleh setiap pasangan pengantin. seorang wanita diselubungi aura feminin yang kuat. Tak heran jika wanita akan terlihat lebih cantik dari biasanya. Jangan ragu mengenakan pakaian dengan warna-warna cerah.





