
Berapa koleksi hiasan pelamin persandingan yang di tawarkan kepada anda.Pemilihan warna boleh dibincangkan mengikut kehendak dan kesesuaian anda.Pantun melayu lama ada menyatakan betapa pentingnya pelamin ketika mengadakan majlis perkahwinan, pendek kata kerja kahwin tanpa bersanding bagai ada yang tidak lengkap dan tidak sempurna.Jadi tidak hairanlah jika ramai pengantin yang inginkan pelamin yang terbaik dan cantik untuk hari bersejarah tersebut. Sesetengah bakal pengantin pula mempunyai lakaran dan imaginasi sendiri untuk menjadikan singgah sana mereka sebagai kenangan abadi yang tidak ternilai.
Koleksi gambar perlamin mini yang kebayakan di gunakan semasa majlis pertunangan.pilihan warna dan pencahayaan yang di pancarkan ke pelamin dapat memberi suatu aura dalam meneruskan jalinan kasih sayang .Pelamin boleh di perbagaikan dengan perbagai hiasan bunga dan warna mengikut konsep yang dikehendaki.
Hiasan meja makan beradab dan kamar
Kamar pengantin mestilah akan memberikan suatu keindahan kepada pasangan pengantin.Oleh itu kamar pengantin sememangnya mempuyai konsep yang di inginkan agar ianya bersesuaian dengan kehendak pasangan pengantin.Hiasan alas cadar,perabot dan olahan sentuhan hiasan kamar mempuyai nilai yang harus di beri perhatian.selain dari kamar pengantin meja makan beradab juga amat bermakna bagi setiap pasangan pengantin dalam bersama menikmati sebuah jamuan bersama keluarga dan teman.Jadikan ianya suatu detik yang amat berharga apabila bersama dalam ungkapan mengucapkan janji setia. Dekorasi meja utama, turut diberikan sentuhan agar tampil berlainan dengan meja tetamu. Hiasan meja utama yang tampak menarik dan eksklusif turut menjanjikan kelainan.